Wednesday, March 11, 2009

Wanita Berusia Lahirkan Bayi Lebih Pintar??

Wanita berusia lahirkan bayi lebih pintar


Bapa lebih tua berisiko dapat zuriat hadapi masalah saraf

LONDON: Bayi dilahirkan ketika bapanya sudah berusia didapati memiliki IQ rendah sebaliknya lebih bijak berbanding yang lain jika dilahirkan ibu lebih berusia, menurut kajian baru.

Penyelidikan terdahulu menunjukkan kaitan antara lelaki berusia lebih 35 tahun ketika menjadi bapa dan risiko bayi mengalami masalah perkembangan saraf, seperti autisme dan skizofrenia, selain disleksia.



Menurut kajian terbaru oleh pasukan antarabangsa, anak kepada bapa berusia lanjut menunjukkan persembahan buruk dalam ujian kepintaran berbanding mereka yang dilahirkan lelaki lebih muda, lapor akhbar Sunday Times.

Menurut penyelidik, antara punca kemungkinan ialah apabila usia lelaki meningkat, sel yang menghasilkan sperma mengalami banyak perubahan, yang disalurkan kepada anak.

"Anak yang dilahirkan lelaki lebih berusia menunjukkan kelemahan kecil dalam ujian kemampuan saraf kognitif ketika masih bayi dan kanak-kanak. Dalam aliran yang menyaksikan ramai lelaki melewatkan usia untuk memiliki anak, akibat dan mekanisme klinikal menggariskan hasil kajian itu perlu diberi perhatian rapi.

"Menariknya mengenai kajian ini ialah kanak-kanak dengan ibu lebih berusia mendapat markah IQ lebih tinggi. Ini kerana telur wanita terbentuk ketika mereka masih di dalam rahim. Jadi, DNA mereka dilindungi dari mengalami perubahan sehingga ia digunakan," kata ketua penyelidik, John McGrath.

McGrath dan pasukannya dari Universiti Queensland, mendasarkan hasil kajian mereka pada analisis data ke atas 33,437 penduduk kelahiran Amerika Syarikat antara tahun 1959 dan 1965.

Semuanya diuji ketika berusia lapan bulan, empat tahun dan tujuh tahun. Mereka turut menggunakan teknik statistik lanjutan untuk membuang pengaruh persekitaran. - Agensi

Well..dpt artikel ni dr Berita Harian Online..
And suggested by one of my frenz to put this article in my blog..:)

Btol ke kajian ni eik??
Hurm..Ntahla to me..
Might be btol kot..
Tp kalo wanita tu muda pun bole je lahirkan anak2 yg bijak2..:P

2 comments:

Anonymous said...

mmg benar bilamana usia dah meningkat tua/terlalu matang[nick name of tua ]semua yang ada didalam badan tu akan seusia juga lah,weak/hunch back juga.Dan tidak dinafi juga dengan benih lelaki,sperm tentu ia juga dah terlalu tua/senile too.wasting time for a good women.But now women kat malaysia minat kat lelaki muda,tapi tak le mude mane just between aje.Anyway it depend on how your daily health going on.

Wahidah said...

Anoy : thanks for the comment..yeker wanita skrang minat lelaki muda...erm,tu wantia yg dh berusia kot...hehehe...yeah its true depends on how ur daily health going on