Monday, March 30, 2009

I'm Back

Yeah I'm back..
Dah cuti lama ne terasa kemalasan yg teramat sgt la utk bekerja..
Hehehe...Tp hari ni je keje..
Esok cuti blk...Tp sehari je la...

N semalam gk ade tournament bowling inter Prince Court..
Menarik gk la..
Tp syh tk sempt la nak snap2 gmbr..
Sbb rush dr kg terus ke Flamingo...
Aper2 hal pun mmg enjoy la....

Pg ne smpai keje lewat sket..
Huhuhu..Tersangkut ngan traffic jam..
Lenkali tk bole kuar lewat lg...
Tak sanggup nak harung jln jelatek ngan jln ampang tu..

Kay guys...
Selamat bekerja..
Long week to go..:P

Friday, March 27, 2009

Finally..

Akhirnyaaa penantian selama 10 hari dtg jua..
Cuti............Yahooo...
Yelah non stop tu keje 10 hari tanpa off days...

So started pagi ni cuti smpai Ahad...
So besok pg nak gerak blk kg..
Here i come Melaka...:)

Ibu dh bising..
Merajuk pun ade..
Sbb anak dara die tk blk kg last month..
Siap ckp..
Kalo ingt blk la..
Aduhai.....

So guys sumer...
Happy weekends..
Bg yg memandu drive carefully....
Njoy ur weekends...

Wednesday, March 25, 2009

Happy Bufday Diyana




Sebelum terlambat nak wish Happy bUfday to one my best Buddies Diyana..
Tak sangka kan dh almost 15 thn kiter kenal..
Wow...

So,
Happy bufday Diyana..
Moga pjg umur,murah rezeki..
N moga persahabatan kiter kekal selamanyaa...

Tuesday, March 24, 2009

Mahu Murtad Kerana DiHina

KUANTAN: Akibat tak tahan dihina masyarakat setempat kerana miskin, 11 beranak di Kampung Jaya Gading di sini, dikatakan nekad mahu keluar Islam sebagai jalan terakhir membebaskan diri daripada belenggu derita.

Menurut wanita yang mahu dikenali sebagai Azmah, dia dan suami, Rahim, 40, nekad mengambil keputusan menukar agama kerana tidak sanggup sering menjadi bahan cacian dan penghinaan masyarakat, malah sembilan anak mereka turut menjadi mangsa buli rakan sekampung.

“Saya kecewa dan tak tahu apa salah keluarga kami hingga ada kaki buli anak saya tergamak memotong saluran paip yang menyalurkan air dari surau berhampiran ke rumah kami selain melemparkan batu ke cermin,” kata ibu kepada sembilan anak berusia antara lima bulan hingga 14 tahun.

Asmah yang berasal dari Ajil, Terengganu, ditemui di sebuah premis menyediakan perkhidmatan menaip surat di Jalan Mahkota, di sini, memberitahu dia dan suami nekad menukar agama.

..Petikan dr MyMetro 24 Mac 2009..

Bile terbaca pesal artikel ni..terperanjat giler..
Knp lah sesingkat tu pemikiran mereka yea..
Tak pk ke akibatnya..
Bukan isu kecik ni isu besar..
Dah la one whole family pulak tu..
Agaknya dgn bertukar agama tu bole bagkit dr kemiskinan ker???
Islam ni agama yg complete..Serba serbi complete..
Indahnya Islam...
Knp smpai ni sumer bole terjadi???????

Monday, March 23, 2009

Mp3 player....


Finally...tada...
Berjaya beli mp3 player utk kete..

Yang penting dh dpt dgr byk lg thru my pendrive while driving...
I like........:)

Actually ni sample gmbr je..i punya mp3 player lg comey..
Warna merah...:)
Beli kt Cineleisure,Damansara..

Saturday, March 21, 2009

Miserable

So many things in my mind right now..
Tak expect things will go like this..
Dugaan demi dugaan..
Agak buntu sebenarnya..

Perlu menenangkan diri seketika..
Kaji pro n kontra..
N wat keputusan....

Aper2 pun hope everything will settle..

Thursday, March 19, 2009

So sweet..


BEAUTIFUL SMILE

To see your beautiful smile,
I will cross a border
I will fly like a bird,
As it is my heart's order.
My eyes are restless,
To see your beautiful smiles.
I have promised my heart,
That i will go thousand miles.
To see your beautiful smile,
I will change my own way.
I will break the chain of values
No matter what the world say...
Time can make it ..........

Wednesday, March 18, 2009

Ayah..Ayah..

Semalam call ayah..
Yelah started from last Monday ayah dh berhijrah ke Kluang..
Tinggalkan ibu sorang2 kt kampung...

Sedihla...
Sbb bile tnya ayah stay mn..
Ayah kata ayah tido kat dlm opis jer..
Tido bertilamkan toto..
Sampai biler ayah nak mcm tu..
Sure tk selesa..
Paling cepat dpt pindah lg 6 month..
Takkan nk tido kt opis smpai 6 bln..

Tp even mcm tu ayah still bole melawak lagi..


Me : Ayah tido mn mlm ni...
Ayah : Tido kt marbat..( Ape eik marbat tu)
Me : Ayah ni kan bole lg melawak tau...
Ayah : Ayah bawa toto..tido atas toto je la..
Me : Ala ayah ni..Serius la..Ida tnya nii..
Ayah : Dlm opis ni..Ada bilik kosong...Leh jd tmpt tido..
Me : Dah menitik dh air mata..
Ayah : Jgn riso la..lama2 ayah mesti get use to it..

Hope that ayah dpt cr umah cepat2...
Tak sanggup nak dgr ayah tido kt tmpt yg kurang selesa...

Tuesday, March 17, 2009

Kena Marah..


Agak malang la hari ni.
Sbb kena marah ngan husband patient..
Hurm..consultant yg lmbt sejam cik misi gk kena marah bagai nak rak..
Pot pet pot pet tadah telinge..
Dh explain pun still kena marah..
Cik misi dok cenyum je la kena marah..

Yg pelik je bile consultant dtg..
Pandai plak tk marah kt consultant..
Twist ckp marah sbb MRI lambat..
Dah MRI tgh ade patient..
Kenalah Que...

Aper2 pun..
Bese la kan keje mcm ni..
kena tahan telinge..
Org ngah sakit..
Mmg mood swing sket..

So as usual..
Sabar jer la...

p/s : to norli..kewl jer la yea...tk leh nak wat muka ketat..:P

Sunday, March 15, 2009

Exhausted

Exhausted giler bile kena keje 3 mlm berturut-turut..
Bdn mmg kurang rest la..
Normally keje mlm 2 hari je..
But this time kena cover kwn yg MC..
Luckily la dh last mlm...X larat ar...

N bile bdn kurang rest..
So sng la dpt flu sumer...
lately ni byk sgt minum ais..
Tu yg mudah dpt batuk blk..
Sendiri yg cr masalah kan..Huhuhu..

So wahidah..
Stop minum ais for a while...
For a while only..
Hehehe...

Saturday, March 14, 2009

Alhamdulillah

Br dpt update pesal Elly..
Alhamdulillah Elly dh kuar dr ICU..
N die dah stable..
According to my clicks yg lawat die..
Elly bgs sgt sbb die kuat semangat..
Yeah thats my Elly..

N td sempt gk borak on phone ngan die..
Dr sore die dh tahu die mmg tabah..
Alhamdulillah la die pun tgh recover..
Maybe take time..

Another driver yg hit die tu still koma in ICU..
Student MMU,,mabuk rupanya..
Isk,plz la dont drink and drive..
Tersgt la merbahaya...

InsyaAllah this coming Sunday i akan pergi ziarah Elly di Melaka...
To guys out there..
Happy weekend..
To all bloggers yg free leh la join gathering esok..
bertempat di FRIM,Kepong....

Friday, March 13, 2009

I Want Too


Our lives are full of twists and turns..
Our souls are hurts but we learn to grow from our mistakes..
I want you to know ,you can count on me to walk down the winding road by your side..
I want too carry you though all of the hard times..
I want too respect you..
I want too love you without condition as a friend,lover,a teacher and
as a companion..

I want too comfort you when you are sad..
I want too take away your pain when you are hurt..
I want to hold you,kiss you softly with love and treasure the beautiful
person you really are..
I want too tell you how happy you make me inside..
I want too do all this thing now that i have found you i love you..
Time can make it righteousness for sure..

Wednesday, March 11, 2009

Elly eksiden..

MELAKA: “Saya tidak putus-putus berdoa supaya bayi perempuan kami selamat walaupun dilahirkan tidak cukup bulan selain berharap isteri cepat sembuh biarpun terpaksa menerima hakikat dia cedera parah.”

Begitu kata Mohammad Khairul Hashim, 27, suami kepada jururawat, Nurhaliza Musa, 25, yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain hingga menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbakar di Jalan Paya Ikan, Bukit Baru, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, kereta Perodua Kenari milik Nurhaliza dirempuh sebuah Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berusia 20-an dari arah bertentangan sebelum api menyambar kedua-dua kenderaan berkenaan.

Nurhaliza yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi sebuah hospital swasta, di sini, cedera parah apabila kedua-dua kakinya patah manakala tempurung lutut kirinya pecah selain doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi menyelamatkan kandungannya yang berusia tujuh bulan.

Some of artikel dlm Metro hari ni...
Haliza or Elly is one of my good frenz time kt nursing college dl..
Jd kamceng sbb masing2 aktif main netball n die one of my groupmate utk study group..
Sedih bile dpt phone call pagi td dr Linda ckp pesal Elly eksiden..

Bergegas cr metro utk tahu citer lanjut..
Harapnya Elly kuat semangat..
Moga Elly and anak perempuan die selamat..

Wanita Berusia Lahirkan Bayi Lebih Pintar??

Wanita berusia lahirkan bayi lebih pintar


Bapa lebih tua berisiko dapat zuriat hadapi masalah saraf

LONDON: Bayi dilahirkan ketika bapanya sudah berusia didapati memiliki IQ rendah sebaliknya lebih bijak berbanding yang lain jika dilahirkan ibu lebih berusia, menurut kajian baru.

Penyelidikan terdahulu menunjukkan kaitan antara lelaki berusia lebih 35 tahun ketika menjadi bapa dan risiko bayi mengalami masalah perkembangan saraf, seperti autisme dan skizofrenia, selain disleksia.



Menurut kajian terbaru oleh pasukan antarabangsa, anak kepada bapa berusia lanjut menunjukkan persembahan buruk dalam ujian kepintaran berbanding mereka yang dilahirkan lelaki lebih muda, lapor akhbar Sunday Times.

Menurut penyelidik, antara punca kemungkinan ialah apabila usia lelaki meningkat, sel yang menghasilkan sperma mengalami banyak perubahan, yang disalurkan kepada anak.

"Anak yang dilahirkan lelaki lebih berusia menunjukkan kelemahan kecil dalam ujian kemampuan saraf kognitif ketika masih bayi dan kanak-kanak. Dalam aliran yang menyaksikan ramai lelaki melewatkan usia untuk memiliki anak, akibat dan mekanisme klinikal menggariskan hasil kajian itu perlu diberi perhatian rapi.

"Menariknya mengenai kajian ini ialah kanak-kanak dengan ibu lebih berusia mendapat markah IQ lebih tinggi. Ini kerana telur wanita terbentuk ketika mereka masih di dalam rahim. Jadi, DNA mereka dilindungi dari mengalami perubahan sehingga ia digunakan," kata ketua penyelidik, John McGrath.

McGrath dan pasukannya dari Universiti Queensland, mendasarkan hasil kajian mereka pada analisis data ke atas 33,437 penduduk kelahiran Amerika Syarikat antara tahun 1959 dan 1965.

Semuanya diuji ketika berusia lapan bulan, empat tahun dan tujuh tahun. Mereka turut menggunakan teknik statistik lanjutan untuk membuang pengaruh persekitaran. - Agensi

Well..dpt artikel ni dr Berita Harian Online..
And suggested by one of my frenz to put this article in my blog..:)

Btol ke kajian ni eik??
Hurm..Ntahla to me..
Might be btol kot..
Tp kalo wanita tu muda pun bole je lahirkan anak2 yg bijak2..:P

Monday, March 9, 2009

Yuna-Dan Sebenarnya

She was superb...
Ske sgt tgk die perform..
Very talented..
Relax and chills jer..
Amazing....

Sis Lin Admitted

Letihnya hari ni...
Rs kurang rest..
Mlm td gi Ampang Puteri..
Hantar mate,Kak Lin..
Die kena admitted sbb diarrhoea..

Pagi dkt kul 5 pg br blk umah..
Pas tu td dlm kul 11 pg p hosp..
Bawa barang2 Kak Lin..
Dlm kul 130 tghari td..
Dr hosp terus shoot kete terus pi keje...

Esok dh la keje pg..
Wuargh...
To Sis Lin..
Get well soon...
Next time jgn ngade nk mkn tempoyak lg..
Perut awk tu sensitip..:P

Saturday, March 7, 2009

Teratai-Ramli Sarip

Hye guys...
Ejoy ur weekend with this nostalgic song...
Well sum1 requested this song to be in my blog..:)


Friday, March 6, 2009

Renew Insurance

Finally dpt idupkan road tax and renew insurance blk..
Punyalah setia ngan AXA Insurance..
Dr mula pakai kete since 2006 smpai la la ni tk pernah tukar lg taw..
Lgpun so far bile eksiden ke aper ke..
Mudah berurusan..Claim pun sng dpt..okay la tu kan..
Tp melayang gk la duit...
Aduhai..Ni la salah satu preparation utk pakai kete..
Every year nak kena simpan wit utk road tax la,renew insurance la and so on...

Tp blum tmpal lagi road tax tu..
Percaya tak so far since pakai kete tk pernah tampal road tax tu sendiri..
Mesti ayah yg tlg tampalkan..Huhuhu..So manja taw anak dara die ni..:P
But this time kena tmpal sendiri la jwbnya..
X pe minta tlg kawan la..huhuhu...

..today dpt berita dr my mum yg Pakcik Kadir past away pagi td sbb Heart Attack..
Al-Fatihah for him..N hope Falah and family tabah menghadapi dugaan nie..

Wednesday, March 4, 2009

Benarkah Cemburu Tanda Sayang


Cemburu???
Well ckp pesal cemburu ni kan..
Mmg la bgs ade sifat cemburu dlm satu perhubungan..
Tetapi tu kalo cemburu yg positif yg kena tempat..
Kalo dh tak kena tempat n gayanya..
Haru biru gk sesuatu perhubungan tu..
Am I rite guys???

Kesan Positif Cemburu
-Mengelakkan die curang kpd kamu
-Sentiasa menghormati kamu dan tidak pandang pd org lain apabila bersama kamu
-Sentiasa menjaga hati kamu
-Segala pergerakannya di bawah kawalan kamu

Kesan Negatif Cemburu
-Si dia cepat bosan bersama kamu
-Percintaan kamu hambar kerana kamu langsung tidak ada kawan lain
-Selalu berlaku pertelingkahan kerana rasa curiga yg terlampau
-Pergerakan sentiasa diawasi spt orang yg bersalah

Tuesday, March 3, 2009

Jalan2 Pi Cameron








Yezza..I'm back..
Rindu tak??? Hehehe....
Well as u oll know..
I went to Cameron last weekend..
Mmg besh and happening sgt...

Tp masa perjalanan pergi tu
Mcm2 dugaaan yg melanda..
Yelah dh masing2 tak ricky jalan yg btol..
So we all dah tersalah jalan..
Patutnya ikut tapah..
Kitorang pi ikut jalan pi kuantan then tembus bentong and so on..
Dah macam explore race taw..
Sbb jalan tak siap lg..
Aduhai kesian tul kat kete Myvi Merah kawanku tu..

Bayangkan la gerak kul 11 pagi..
Smpai sana dkt kul 5 ptg..
Patutnya 4 jam je bole smpai..
Tp dh guna jalan dlm n jauh..
Sbr je la..

Then tk sempat pun pergi strawberry park..
Tak tercapai hasrat nak pick strawberry sendiri..
Tp tk perla..Next time maybe..
Tp still dpt pi ladang teh and pasar mlm kt brinchang...
Luas giler ladang teh tu...

Kayla...Njoy sum of the pic kay..
Tp sorry la tak byk mn pun..:)