Saturday, July 12, 2008

Lembaran Hidup wanita Solehah

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....

2 comments:

Beruang Madu said...

Pada pedapat Abg Bear, bukan hanya nak bertanya mampukan atau bolehkah.. tapi Wahidah kena tanamkan azam... 'Aku ingin menjadi wanita solehah' 'aku ingain manjadi sebaik Khatijah dan sebagainya... tanam azam bukan menyoal... jangan soal, kita takder jawapan... kitalah jawapan tu

Wahidah said...

ya tq abg bear..its ture...tk guna menyoal....insyaAllah in process of learning n progress to be a good muslimah...aim to be WANITA SOLEHAH....tp masih byk kekkurangan diri...insyaALLAH...i can do it..amin..