Monday, November 23, 2009

Melentur Buluh

Tips Melentur Buluh

Rangsangan jadikan anak bijak
Sedikit tips utk merangsang anak2

ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tenis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyi aneh yang anda buat.

LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastik dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan minta anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil ‘melabel’ barangan tersebut.


CERITAKAN KISAH-KISAH NABI
Pilih kisah nabi yang mempunyai visual yang menarik dan ceritakan kepada anak sambil mengulang-ngulang perkataan yang baik-baik. Pelbagaikan ekspresi wajah anda supaya dia seronok.


BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukai­nya bila bayi ”yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.

(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.


GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.
-NUR (November)-
Saje je wat entry pesal ne..bukan nya aper kengkawan sya ramai yg dah ade baby and bakal jadi parents..so selamat mencuba..

7 comments:

@xiM said...

bila wai nak ada baby nih..

Wahidah said...

Axim : wah wah wah soalan...ape kata wai pulangkan soalan tu kt axim pulak...bile axim nk jadi daddy pulak???? =)

said...

GOYANGKAN BADAN...


* yg ni memang acu yanie ajar danial n danish joget hari2....kekekkeke

Faisal Admar said...

sumbat kismis kat baby buleh?

catz said...

hi wahidah,
good info to share..
:)
er..bila kita nak jumpa-jumpaan wahidah?
selamat menyambut hari raya aidil adha..
:)

Wahidah said...

Faisal : kalo bayi br lahir tk bole la sbb tk pndai lg kan..tp yg dh bole mkn nestum tu bole rsnya..tp beware gk kalo bayi tk pandai leh tercekik pulak..huhuhu

Catz : tq catz..tula sis bile nk jumpa ne..jom kiter deal jumpa nk lepas raya ne ker..hehehe..salam aidiladha to u too..

maybe said...

I'm appreciate your writing skill.Please keep on working hard.^^