Jangan Berkahwin Kerana.....
1. Harta
- Tidak ada gunanya hidup harta banyak tetapi tanpa cinta. harta boleh datang dan pergi setiap saat. "Cinta" yang sesat dan sesaat dapat diperoleh setiap saat, tapi cinta yang sejati tidak dapat dibeli dengan harta.
2. Perasaan Asmara
- Rasa tertarik, simpati, merupakan asmara yang sering disalah erti sebagai cinta. Asmara itu bukan cinta. Asmara cepat berubah oleh rupa, harta, tempat dan keadaan. Asmara itu buta, tidak tahan lama dan tidak tahan diuji. Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan mata terbuka.
3. Rupa Saja
- Kecantikan yang diluar memang indah, tapi dapat luntur termakan umur. Utamakanlah kecantikan yang di dalam.
4. Belas Kasihan
- memang baik dan harus ada dalam hidup kita, tapi tidak boleh menjadi dasar perkahwinan.
belas kasihan boleh luntur, tapi kasih tidak berkesudahan. Dasar perkahwinan adalah kasih, bukan kasihan
5. Untuk Kepuasan Seks Sahaja
- Memang seks suci dan penting dalam hubungan suami isteri, namun tidak boleh menjadi tujuan utama dari perkhawinan. Seks hanyalah salah satu bahagian dari perkhawinan. Orang yang hanya mengejar kenikmatan seks akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan yang diciptakannya sendiri.
6. Paksaan Keluarga
- Seorang anak harus Berbakti kepada keluarga, namun tidak boleh menyerah dalam hal perkhawinan, kalau mereka memang salah dan anda benar. Berdoalah dan berikanlah penjelasan kepada mereka, jangan dengan kekerasan.
7. Desakan Usia
- Bila usia sudah menjelang senja dan rakan-rakan sudah berpasangan, orang akan mulai gelisah (terutama pada wanita). Banyak orang akhimya "yang penting ada." Jauhilah tindakan tersebut.
Sabar dan yakinlah bahwa Tuhan sudah menyediakan yang terbaik untuk anda. Jangan takut kehabisan jatah dan kadaluarsa.
8. Untuk Membalas Jasa
- Orang yang telah berbuat baik perlu dibalas, tapi jangan dengan perkahwinan.
9. Jangan Berkahwin Kerana inginkan Anak
p/s : wahh.. rumit juga kalau kita nak khawin ni yerkk.. kena pilih yang betul2 :)
2 comments:
susahnya nak kahwin ni kan..bukan perkara mudah.. he he
hurm..tahu pun..jgn amik mudah pesal kawin ni..by the way bile eik dr syukur kiter ni nk kawen??? hehehe
Post a Comment