"Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya....
Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya....
Andai kau inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya....
Andai kau inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya....
Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa....
Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...
Tapi bersahabatlah kerana Maha pencipta
6 comments:
Yup tiada manusia yang sempurna..Niat dan nawaitu kita hendaklah ikhlas moga persahabatan itu berpanjangan..insyallah
yerp....nawaitu tu yg pentingg...
berkawan biar beribu..
ber kaseh biar satu..
yerp...berkasih biar nan satu...hehehe
saya setuju...
catz : setuju aja sis ni..heheeh...:P
Post a Comment