kisah 1
Orang Kampung Balik Kampung
Pada suatu hari, adela pak mat amik lesen kat bandar. Beberapa bulan kemudian,die pun balikla kampung,tetapi die lupe nak lekatkan 'P' kat kereta.sewaktu dalam perjalanan,die ditahan polis....
POLIS: Pakcik,'P' mane?
PAKMAT: Pi balik kedah.
POLIS: Pakcik jangan main-main ngan saye. 'P' mane?
PAKMAT: Ape yg main-main, saya kate nak pi balik kedah, Aloq Staq.
POLIS: Saya kate 'P' mane...?
PAKMAT: Skarang sape yg main2.awak sebagai polis,tidak ada kuasa untuk menghalang perjalanan orang yg tak bersalah.awak juga harus ......pok,pek ,pok,pek.
POLIS: (selepas puas mendengar ceramah) Baiklah. Pakcik pergilah teruskan perjalanan pakcik.
PAKMAT: Asallamualaikum.
POLIS: Waalaikummusallam.
kisah 2
Pemohon yang jujur
Seorang penganggur sedang mengisi borang memohon pekerjaan sebagai seorang Pengawal Keselamatan di sebuah bank. Dia sedang menjawab satu soalan berbunyi "Pernahkan anda ditangkap?". Dia mencatatkan jawapan "Tidak Pernah"
Soalan seterusnya adalah untuk dijawab jika jawapannya adalah "Ya" bagi soalan sebelumnya. Soalannya berbunyi "Jika ya, kenapa?" Tetapi penganggur itu menjawab juga soalan itu dengan menulis "Kerana tidak pernah dapat ditangkap".
kisah 3
Pergi tandas
Pada waktu persekolahan, ada seorang murid Bernama Azmin ingin pergi ke tandas ... dan ia mengangkat tangannya sambil mengatakan ...
Azmin : Cikgu , bolehkah saye pergi ke tandas dalam masa 1 jam setengah ??
Cikgu : 1 jam setengah ?? ... knapa awk ingin pergi ke tandas dlm 1 jam setengah ?? ... semua murid pergi ke tandas slama 15 minit jee ... kenapa awak 1 jam setangah ??
Azmin : saye ingin pergi ke tandas rumah saya cikgu ... tandas skolah busuk sangat cikgu ... tak sanggup saye tahannya
kisah 4
Nenek yang nazak
Seorang nenek nazak didatangi Mudhin, tiba2 nenek terketar2 dan meminta kertas dari Mudhin. Setelah menulis , diberikanya kepada Mudhin.
Selang seminggu kematian neneknya , Mudhin pun memberitahu ahli keluarga supaya berkumpul.
"Sebelum arwah meninggal ada ditinggalkan wasiatnya pada saya".
Mudhin pun membaca surat yg berbunyi: "Woit Mudhin, jgn pijak getah oksigen tu, aku tak dapat bernafas, nak kiok dah ni!!"
kisah 5
Beratur awal di gedung jualan murah
Satu hari... sebuah gedung mengadakan jualan murah.. berpusu-pusu orang ramai ingin memasuki gedung tersebut ... sehingga ada yang beratur seawal2nya...walaupun gedung tersebut dibuka pada waktu 8.30pg.
Seorang lelaki dengan selambanya berjalan menuju ke depan... malangnya sebelum sempat sampai...tiba-tiba seorang lelaki didepannya menolaknya kebelakang sambil memarahi..."woi..tak nampak ke orang ha.." jerkahnya.. "Sedap..Sedap jer nak potong line orang.. "...
Lelaki tersebut bangun semula..dan cuba menuju kedepan semula.. malangnya dia ditumbuk sehingga terjatuh...
setelah beberapa kali mencuba utk kebarisan hadapan... tapi tetapi tidak berjaya... akhirnya dengan nada marah.. dia berkata... "Ahhhhh kalau kali nie aku tak dapat jgk smpai kedepan sana... jangan harap aku nak bukakan kedai tu..!!"
Laaaaa..........Tokey kedai tue rupanye...
ehehehe..... kesian dia kan....
2 comments:
haha nenek nazak dan taukeh kedai best ;)
hehehe...mmg lawak pun nenek nazak tu..hahaha...
Post a Comment